Penang is a state in Malaysia, located on the northwest coast of Peninsular Malaysia by the Strait of Malacca. Penang is the second smallest state in Malaysia after Perlis, and the eighth most populous. A resident of Penang is colloquially known as a Penangite.

null

Keretapi Tanah Melayu Berhad

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) merupakan syarikat utama di semenanjung yang mengendalikan
perkhidmatan keretapi , ditubuhkan pada 1948 dengan nama asalnya Malaysian Railway , KTMB
merupakan peneraju dalam sistem pengangkutan di Malaysia.

Di awal penubuhan KTMB , kebanyakan gerabak digunakan untuk mengangkat bijih timah pada zaman
British tetapi kini penggunaan lebih kepada pengangkutan dengan pengenalan KTM Komuter iaitu
keretapi elektrik pada tahun 1995. Tetapi kini dengan kewujudan beberapa syarikat pengangkutan keratapi deras ,
KTMB agak ketinggalan kerana kelajuan keretapi yang rendah serta laluan yang agak sempit.Mohd Arif Esa/Malaysia

Stray Cats

Kucing dikenali sebagai kucing bela jinak ialah mamalia karnivor kecil dari subspesis Felis silvestris catus. Ia adalah keturunan kucing liar Afrika, Felis silvestris lybica dan mungkin dijinakkan 3,500 tahun dahulu di zaman Mesir purba, di mana ia digunakan untuk menjaga simpanan bijirin daripada tikus dan roden yang lain. Hari ini kucing merupakan salah satu daripada haiwan belaan rumah yang paling terkenal di dunia.

Terdapat pelbagai baka kucing domestik, ada yang tidak berbulu ataupun ekor, dan mereka wujud dalam beraneka warna yang berlainan dan ada juga mempunyai banyak warna. Mereka adalah pemangsa yang mahir dan diketahui bahawa mereka memburu lebih dari seribu spesies haiwan lain sebagai makanan. Mereka juga haiwan yang pintar dan ada yang berkebolehan untuk menggunakan mekanisma ringkas seperti tuil pintu atau tandas manusia, seperti yang dijelaskan dibawah. Mereka berhubung dengan mengiau (“meow”/”miaou”), mengeluarkan bunyi ‘purrr’, berdesis dan juga isyarat anggota. Kucing boleh dikatakan baru lagi dijinakkan, oleh itu kucing juga boleh hidup di kawasan liar dan selalunya mereka akan membentuk satu koloni kecil. Hubungan manusia dan kucing menyebabkan kucing dipuja di dalam dongeng dan legenda dari beberapa bangsa, contohnya Mesir Purba, Viking dan juga Cina.

dipetik dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.